Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

8 Ayat Menarik Tentang Emas Dalam Al-Quran

Tahukah kita, baru-baru ini Presiden Amerika yang baru saja dilantik yaitu Donald Trump telah menggemparkan dunia apabila kenyataannya adalah mencadangkan untuk menggantikan uang kertas dollar dengan emas. Bagi mereka yang mengikuti perkembangan semasa dunia, tentu hal ini tidaklah mengherankan. *Sumber ‘The Economist’ tahun 80an-90an ada menyatakan bahwa penggunaan emas akan digunakan pada tahun 2018.* Jika benar sumber ini, berarti US suda lama merancangnya. Jika hal tersebut berlaku, kita akan melihat kenaikan harga emas yang memang tidak terjangkau. Sudah pasti hal ini sangat menggusarkan kita bukan? 

Bagaimana pula dengan nasib ringgit Malaysia atau Rupiah (Indonesia) ? Tidak dinafikan, *sejak kejatuhan ekonomi, banyak yang sudah menyadari tentang kepentingan menyimpan emas.*


Mengapa emas? Apakah kelebihannya? Apa kehebatannya berbanding uang kertas?
Tahukah kita, terdapat 8 ayat dalam Al-Quran yang membicarakan mengenai emas. Antaranya seperti berikut :

*#1 -Emas Dijadikan Indah Pada Pandangan Manusia* 

Firman Allah SWT yang bermaksud;
“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia; kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, harta benda yang banyak bertimbun-timbun dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga).”
(Surah Ali-Imran : 14)


*#2 – Emas Adalah Barang Tukaran Paling Bernilai* 

Firman Allah SWT yang bermaksud;
“Sesungguhnya, orang-orang yang kafir lalu mati sedangmereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka: emas sepenuh bumi, walaupun ia menebus dirinya dengan (emas yang sebanyak) itu. Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong pun.”
(Surah Ali-Imran : 91)


*#3 – Emas Sebagai Simpanan Sebenar* 

Firman Allah SWT yang bermaksud;
“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya, banyak di antara pendeta dan ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (agama Islam). Dan, (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”
(Surah at-Taubah : 34)


*#4 – Emas Sebagai Perhiasan Dalam Syurga* 

Firman Allah SWT yang bermaksud;
“Mereka itu disediakan baginya syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka dihiaskan didalamnya dengan gelang-gelang tangan emas dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah syurga tempat berehat yang sebaiknya.”
(Surah al-Kahfi: 31)


*#5 – Perhiasan Bagi Orang Mukmin* 

Firman Allah SWT yang bermaksud;
“Sesungguhnya, Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai, mereka dihiaskan disitu dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera.”
(Surah al-Hijr:23)


*#6 – Balasan Bagi Mereka Yang Beroleh Syurga* 

Firman Allah SWT yang bermaksud;
“(Balasan mereka ialah) syurga-syurga Adn, yang mereka akan memasukinya; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan dari emas dan mutiara; dan pakaian mereka di situ adalah dari sutera.”
(Surah Fatir: 23)


*#7 – Emas Lambang Dan Bukti Kekayaan Sebenar* 

Firman Allah SWT yang bermaksud;
“Jika benar ia seorang Rasul), maka sepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan ia seorang pemimpin), atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?”
(Surah az-Zukhruf: 71)


*#8 – Barangan Berharga Buat Penghuni Syurga* 

Firman Allah SWT yang bermaksud;
“Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas; dan di dalam syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta dipandang indah oleh mata; dan (dikatakan kepada mereka): ‘Kamu adalah tetap kekal di dalamnya’.”


Sungguh, emas bukan sahaja sebagai penyelamat ekonomi masa depan kerana nilainya yang kian meningkat, bahkan ia turut menjadi barangan berharga yang disebut dalam kitabullah.

Apabila al-Quran sendiri ada menyebut tentang emas – sama ada dalam hukum-hakam atau perbandingan – maka, sudah tentu emas menyimpan suatu maksud yang tersirat tentang nilainya.Jika anda mencari sumber kewangan atau pelaburan terbaik pada masa hadapan, emas adalah jawapannya. Namun, perlu diingatkan sebelum membuat apa-apa tindakan, perlulah mendapatkan ilmu tentangnya terlebih dahulu.

Baginda Nabi SAW juga turut bersabda;
“Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia melainkan dinar dan dirham.”
(Hadis dari Musnad Imam Ahmad Bin Hanbal)


Wallahua’lam.
~ Semoga bermfaat.. 🙂